12 Apr 2011

PENYANYI POPULAR MEMILIH ISLAM




Kali ini saya hendak bawakan satu cerita tentang seorang penyanyi rap terkenal Amerika iaitu  Chauncey L. Hawkins atau nama popularnya LOON yang juga telah diberikan hidayah oleh Allah s.w.t.Beliau yang dilahirkan di Harlem, New York pada 20 Jun 1975  ini ketika itu dirinya diambang populariti dan sentiasa disebut-sebut oleh peminat yang suka lagu dan suaranya.Duit dan kekayaan juga mudah baginya untuk diperoleh.Namun ungkap Loon, walaupun hidupnya diisi dengan kekayan,tetapi baginya ketenangan,kebahagiaan dan kedamaian tidak dapat beliau rasakan. Loon mengatakan kedamaian dari dalam hanya boleh diperoleh dengan menyerahkan diri kepada satu tuhan.
Suatu hari ketika beliau sedang melancong ke Dubai,beliau sangat tertarik dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Dubai.Ketika azan berkumandang,umat Islam menuju ke masjid untuk menunaikan solat bersama-sama,dan mereka juga berakhlak mulia dalam berinteraksi dengan siapa sahaja. Dari sinilah,mendorong beliau untuk mula mencari ketenangan dalam Islam dan pada Disember 2008,beliau memutuskan untuk memeluk agama Islam sebagai keyakinan barunya dan menukarkan namanya sebagai Amir Junaid Muhaddith.Sejak saat itulah dia juga telah meninggalkan dunia muzik sepenuhnya.”saya keluar dari dunia muzik dan sekarang saya rasakan ketenangan yang saya cari selama ini iaitu agama ISLAM. Saya juga merasa bertambah tenang setelah isteri dan anak saya juga menerima Islam”katanya.
Sebelum memeluk Islam, Loon adalah seorang penganut Kristen. Selain itu ia juga telah menerbitkan tiga belas album singlenya yang merupakan hasil kerjasama dengan sejumlah penyanyi di negeri Paman Sam. Di antara singlenya tersebut adalah: I Need A Girl yang dinyanyikannya bersama Sean John "Diddy" Combs dan Usher;  Hit The Freeway yang dinyanyikan bersama dengan Toni Braxton; dan Show Me Your Soul yang dibawakannya bersama dengan Sean "Diddy" Combs, Lenny Kravitz dan Pharrell.  

 




Loon sebelum memeluk agama Islam



Loon di sebelah kiri


Selepas memeluk Islam dan ketika menunaikan solat sunat salah satu masjid di Arab


Salah satu lagu nyanyian beliau yang popular pada tahun 2002 sebelum memeluk Islam.Loon ber T-shirt putih ketika ini.

No comments:

Post a Comment