12 Apr 2011

ANTARA BUKTI MURTAD PADA MASA KINI







KEMANA PERGINYA UMAT-UMAT NABI MUHAMMAD YANG MEMPERTAHANKAN AGAMA MEREKA????ADAKAH INI BUKTI TANDANYA KIAMAT?





NASIHAT KEPADA GADIS MELAYU ISLAM



Kali ini pula saya ingin berkongsi mengenai satu cerita seorang penulis yang saya tertarik dengan hasil penulisannya iaitu cara masyarakat Kristian yang ingin memurtadkan orang melayu terutamanya gadis melayu. Cara-cara Kristian memurtadkan gadis-gadis Melayu telah berjaya menarik ramai gadis melayu masuk Kristian antaranya:

1-    MEMIKAT
Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka.Ia bergantung kepada gadis tersebut,selalunya mereka akan memilih gadis yang bertudug labuh dan beragama.Mereka juga akan menggunakan pelbagai teknik dan cara untuk memikat gadis tersebut seperti mereka akan berlakon seolah-olah terpikat dengan kesopanan dan kelembutan gadis yang diingini.

2-    PERANGKAP
Apabila si jejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman” sekali. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis terleka. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

3-    DILEMA
Kemudian akan terjadilah pelbagai perkara yang boleh berlaku diluar  batasan Islam. Pada ketika ini, mereka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga dan kononnya akan bertanggungjawab di atas perbuatan mereka.Dengan itu mereka akan memujuk gadis dengan pelbagai kata-kata manis supaya gadis tersebut merasakan Kristian adalah jalan terbaik baginya.Bagi mereka, mengikut hukum Islam, mereka boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan mereka kerana mempunyai anak di luar nikah.Dari sudut agama Kristian pula mereka beranggapan gadis tersebut hanya perlu untuk menukar agama, dan akan terlepas dari dua seksa. Pertama, hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama Kristian akan menganggap anak mereka ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap gadis tersebut senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa.

4-    MURTAD
Melayu Islam yang memilih pilihan kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.



 
Hartina Hj Kamaruddin telah dilepaskan oleh bapanya untuk pergi ke KL mencari kerja tetapi tidak sampai 9 bulan dia kembali ke bapanya dalam  keadaan Hindu dengan nandek di dahi sambil membawa teman lelakinya.Bapanya yang terkejut terus membelasah lelaki tersebut tetapi tewas.Hartina pula papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tidak cukup dengan itu,dia pergi ke balai polis membuat laporan bapanya memukul teman lelakinya itu. Selain itu  itu disaman pula bapanya 3 juta.Dia juga telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. 



Kes  yang ke 2 pula wanita yang bernama Lina joy yang juga murtad kerana ingin berkahwin dengan kekasihnya yang beragama Kristian.














Disini saya datangkan beberapa kes wanita yang tewas dalam mempertahankan agama.Sebagai seorang wanita baragama Islam,saya juga turut merasa kebimbingan bukan saja pada wanita Islam diluar sana,malah kepadadiri saya sendiri.Semoga ALLAH memperkuatkan iman dan melindungi kita semua dari hasutan syaitan laknatullah.

ANTARA HAMBA ALLAH YANG TELAH DIBERI HIDAYAH


Walaupun kita telah mendengar pelbagai kes murtad,namun kita juga tetap menerima saudara baru dalam agama Islam ini antaranya:-



Ahmad Khairul Ikhwan Abdullah Jr.Lahir di Kampung Madamai Pitas,Sabah.Lahir di dalam keluarga Kristian bermazhab Protestan(PCS) yang taat.Mula terpikat dengan Islam setelah melakukan kajian perbandingan agama(al-Quran & Bible)selama tiga tahun dan akhirnya memeluk agama Islam.Kini beliau seorang pendakwah.

Juga merupakan seorang pendakwah.Dilahirkan sebagai seorang Islam tetapi ibubapanya telah membesarkannya sebagai seorang Hindu.Memeluk agama Islam pada tahun 1996.Beliau memeluk agama Islam adalah disebabkan cintanya terhadap perempuan melayu. Hampir 7-8 tahun bercinta, masalah untuk berkahwin adalah agama sehinggalah satu hari beliau menyerah diri untuk mendekati Islam akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah selepas mengkaji surah Al-Ikhlas dan ayat-ayat Al-Quran berkaitan sains.



Mike Tyson ketika berada di Makkah

Mike Tyson bekas juara tinju heavyweight dunia 1986 -1990.Tetapi di kurniakan taufiq dan hidayah oleh Allah s.w.t lalu memeluk agama Islam ketika dalam penjara kerana didakwa terlibat dalam kes rogol Ratu Cantik Amerika 1991. Setelah memeluk agama Islam, Tyson menukarkan namanya menjadi Malik Abdul Aziz. Ketika itu, Tyson menjadi sasaran pembunuhan kumpulan Cash Money Brothers. Menurut anggota geng tersebut, Shelby Henderson, mereka membatalkan pembunuhan setelah mengetahui Tyson adalah seorang muslim.

STATISTIK PERMOHONAN MURTAD BAGI TAHUN 2000 HINGGA 2006


Statistik permohonan murtad yang didapati di JAKIM hasil daripada kajian fail menunjukkan peningkatan yang tinggi pada tahun 2004 hingga 2006. Sejumlah 46 kes pada tahun 2004 dan 2005 manakala 41 kes pada tahun 2006 berbanding pada tahun-tahun sebelumnya. Ia seperti yang termaktub dalam jadual di bawah:-



Daripada Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama (murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll).
“Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh.” (Riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud).

PENYANYI POPULAR MEMILIH ISLAM




Kali ini saya hendak bawakan satu cerita tentang seorang penyanyi rap terkenal Amerika iaitu  Chauncey L. Hawkins atau nama popularnya LOON yang juga telah diberikan hidayah oleh Allah s.w.t.Beliau yang dilahirkan di Harlem, New York pada 20 Jun 1975  ini ketika itu dirinya diambang populariti dan sentiasa disebut-sebut oleh peminat yang suka lagu dan suaranya.Duit dan kekayaan juga mudah baginya untuk diperoleh.Namun ungkap Loon, walaupun hidupnya diisi dengan kekayan,tetapi baginya ketenangan,kebahagiaan dan kedamaian tidak dapat beliau rasakan. Loon mengatakan kedamaian dari dalam hanya boleh diperoleh dengan menyerahkan diri kepada satu tuhan.
Suatu hari ketika beliau sedang melancong ke Dubai,beliau sangat tertarik dengan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Dubai.Ketika azan berkumandang,umat Islam menuju ke masjid untuk menunaikan solat bersama-sama,dan mereka juga berakhlak mulia dalam berinteraksi dengan siapa sahaja. Dari sinilah,mendorong beliau untuk mula mencari ketenangan dalam Islam dan pada Disember 2008,beliau memutuskan untuk memeluk agama Islam sebagai keyakinan barunya dan menukarkan namanya sebagai Amir Junaid Muhaddith.Sejak saat itulah dia juga telah meninggalkan dunia muzik sepenuhnya.”saya keluar dari dunia muzik dan sekarang saya rasakan ketenangan yang saya cari selama ini iaitu agama ISLAM. Saya juga merasa bertambah tenang setelah isteri dan anak saya juga menerima Islam”katanya.
Sebelum memeluk Islam, Loon adalah seorang penganut Kristen. Selain itu ia juga telah menerbitkan tiga belas album singlenya yang merupakan hasil kerjasama dengan sejumlah penyanyi di negeri Paman Sam. Di antara singlenya tersebut adalah: I Need A Girl yang dinyanyikannya bersama Sean John "Diddy" Combs dan Usher;  Hit The Freeway yang dinyanyikan bersama dengan Toni Braxton; dan Show Me Your Soul yang dibawakannya bersama dengan Sean "Diddy" Combs, Lenny Kravitz dan Pharrell.  

 




Loon sebelum memeluk agama Islam



Loon di sebelah kiri


Selepas memeluk Islam dan ketika menunaikan solat sunat salah satu masjid di Arab


Salah satu lagu nyanyian beliau yang popular pada tahun 2002 sebelum memeluk Islam.Loon ber T-shirt putih ketika ini.

5 Apr 2011

NEIL ARMSTRONG



Seperti yang kita ketahui,Murtad  bermaksud kembali kepada kekafiran daripada keadaan beriman, baik iman itu didahului oleh kekafiran lain ataupun tidak, disebut sebagai murtad.Muallaf pula ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik kepada Islam.Kita selalu mendengar cerita mengenai pelbagai jenis bangsa,agama yang memeluk agama islam dan ada pula yang kurang imannya memilih ‘jalan hitam’ sebagai sebahagian hidupnya iaitu pergi kepada agama lain selain Islam.Ketika mengkaji tajuk ini,membuatkan saya merasa bangga dilahirkan sebagai seorang Islam jika dibandingkan dengan orang lain yang masih tidak mengetahui tentang kebenaran Islam.
Saya juga berasa amat gembira kerana semakin ramai penganut agama Kristian khususnya, mula sedar tentang Islam.Antaranya :
1- Neil Armstrong
     Neil Armstrong adalah orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan menggunakan pesawat ruang   angkasa USA bernama Apollo, bersama rakannya Buzz Aldrin.Suatu hari Neil mengambil cuti kepada pihak NASA untuk menghilangkan penat selepas bekerja dan dia memilih kota Mesir sebagai percutiannya.Ini merupakan kali pertama Neil pergi ke negara Islam seperti Kaherah,Mesir.Ketika Neil sedang berehat di hotel penginapannya di Kaherah itu,tiba-tiba dia terdengar bunyi yang pernah dia dengar sebelum ini dan dia cuba mengingat tetapi masih tidak menemui jawapan.Selepas beberapa jam, bunyi itu kembali berkumandang,dia cuba hayati perkataan-perkataan setiap bunyi itu.Tiba- tiba Neil teringat pada 30 tahun yang lalu,sewaktu dia sedang popular dengan kejayaannya mendarat ke bulan.Dan disitulah dia tersedar bahawa bunyi yang didengarnya itu tadi sama seperti suara yang pernah didengar sewaktu dia berada di permukaan bulan 30 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1969.Dan sejak itulah,hatinya terbuka untuk memeluk Islam kerana mendengar suara yang sebenarnya azan yang berkumandang di permukaan bulan.Tetapi selepas Neil mengisytiharkan ke Islamannya itu,dia telah mendapat sepucuk surat dari pihak NASA yang membuat keputusan untuk memecatnya dari bekerja di NASA . Neil dengan yakinnya mengatakan bahawa “memang saya kehilangan pekerjaan,tetapi saya telah temui Allah”.


27 Feb 2011

DARI MUALLAF KE MURTAD





Pelbagai kes murtad yang sering kita dengar pada masa kini,apa yang selalu kita ketahui seorang Muslim menukar agama kepada agama lain tetapi kali ini kes yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan seorang muallaf yang memohon untuk menjadi Murtad.Beliau adalah seorang wanita yang asalnya beragama Buddha dan memeluk agama Islam pada pada 25 Julai 1998 kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian.Beliau adalah Siti Fatimah Tan Abdullah atau Tan Ean Huang berasal dari Nibong Tebal yang mendakwa bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Beliau memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab dan hanya memeluk agama Islam hanyalah untuk mencukupkan syarat supaya dapat berkahwin dengan lelaki pilihannya. Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah mendakwa beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam.Apa yang membuatkan saya kecewa disini adalah Islam satu benda atau perkara yang boleh kita pergunakan sesuka hati dan seolah-olah dipandang remeh oleh masyaakat. Sedangkan anak orang Melayu pun boleh murtad, inikan pula seorang mualaf dan masih lagi merangkak untuk mengenali Islam. Apakah badan keIslaman negara hanya memandang ringan masalah sebegini?
Pelbagai kes murtad yang sering kita dengar pada masa kini,apa yang selalu kita ketahui seorang Muslim menukar agama kepada agama lain tetapi kali ini kes yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan seorang muallaf yang memohon untuk menjadi Murtad.Beliau adalah seorang wanita yang asalnya beragama Buddha dan memeluk agama Islam pada pada 25 Julai 1998 kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian.Beliau adalah Siti Fatimah Tan Abdullah atau Tan Ean Huang berasal dari Nibong Tebal yang mendakwa bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Beliau memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab dan hanya memeluk agama Islam hanyalah untuk mencukupkan syarat supaya dapat berkahwin dengan lelaki pilihannya. Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah mendakwa beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam.Apa yang membuatkan saya kecewa disini adalah Islam satu benda atau perkara yang boleh kita pergunakan sesuka hati dan seolah-olah dipandang remeh oleh masyaakat. Sedangkan anak orang Melayu pun boleh murtad, inikan pula seorang mualaf dan masih lagi merangkak untuk mengenali Islam. Apakah badan keIslaman negara hanya memandang ringan masalah sebegini?