Kali ini pula saya ingin berkongsi mengenai satu cerita
seorang penulis yang saya tertarik dengan hasil penulisannya iaitu cara masyarakat
Kristian yang ingin memurtadkan orang melayu terutamanya gadis melayu. Cara-cara
Kristian memurtadkan gadis-gadis Melayu telah berjaya menarik ramai gadis
melayu masuk Kristian antaranya:
1-
MEMIKAT
Untuk makluman semua,
pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim
galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik
untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka.Ia
bergantung kepada gadis tersebut,selalunya mereka akan memilih gadis yang
bertudug labuh dan beragama.Mereka juga akan menggunakan pelbagai teknik dan
cara untuk memikat gadis tersebut seperti mereka akan berlakon seolah-olah
terpikat dengan kesopanan dan kelembutan gadis yang diingini.
2-
PERANGKAP
Apabila si jejaka merasakan anak
gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan
persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman”
sekali. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan
seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis terleka.
Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.
3-
DILEMA
Kemudian akan terjadilah pelbagai
perkara yang boleh berlaku diluar
batasan Islam. Pada ketika ini, mereka akan menunjukkan kekesalannya
yang tidak terhingga dan kononnya akan bertanggungjawab di atas perbuatan
mereka.Dengan itu mereka akan memujuk gadis dengan pelbagai kata-kata manis
supaya gadis tersebut merasakan Kristian adalah jalan terbaik baginya.Bagi
mereka, mengikut hukum Islam, mereka boleh dikenakan 100 sebatan sebagai
balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan mereka
kerana mempunyai anak di luar nikah.Dari sudut agama Kristian pula mereka
beranggapan gadis tersebut hanya perlu untuk menukar agama, dan akan terlepas
dari dua seksa. Pertama, hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi
di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama Kristian akan
menganggap anak mereka ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan
tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap gadis tersebut senasib dengan Mary
(Mariam) yang melahirkan Nabi Isa.
4-
MURTAD
Melayu Islam yang memilih pilihan
kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa
disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan
permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.
Hartina Hj Kamaruddin telah dilepaskan oleh bapanya untuk
pergi ke KL mencari kerja tetapi tidak sampai 9 bulan dia kembali ke bapanya
dalam keadaan Hindu dengan nandek di
dahi sambil membawa teman lelakinya.Bapanya yang terkejut terus membelasah
lelaki tersebut tetapi tewas.Hartina pula papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tidak
cukup dengan itu,dia pergi ke balai polis membuat laporan bapanya memukul teman
lelakinya itu. Selain itu itu disaman pula bapanya 3 juta.Dia juga telah menghina bapanya
dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari.
Kes yang ke 2 pula
wanita yang bernama Lina joy yang juga murtad kerana ingin berkahwin dengan
kekasihnya yang beragama Kristian.
Disini saya datangkan beberapa kes wanita yang tewas dalam mempertahankan agama.Sebagai seorang wanita baragama Islam,saya juga
turut merasa kebimbingan bukan saja pada wanita Islam diluar sana,malah
kepadadiri saya sendiri.Semoga ALLAH memperkuatkan iman dan melindungi kita
semua dari hasutan syaitan laknatullah.
No comments:
Post a Comment