5 Apr 2011

NEIL ARMSTRONG



Seperti yang kita ketahui,Murtad  bermaksud kembali kepada kekafiran daripada keadaan beriman, baik iman itu didahului oleh kekafiran lain ataupun tidak, disebut sebagai murtad.Muallaf pula ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya tertarik kepada Islam.Kita selalu mendengar cerita mengenai pelbagai jenis bangsa,agama yang memeluk agama islam dan ada pula yang kurang imannya memilih ‘jalan hitam’ sebagai sebahagian hidupnya iaitu pergi kepada agama lain selain Islam.Ketika mengkaji tajuk ini,membuatkan saya merasa bangga dilahirkan sebagai seorang Islam jika dibandingkan dengan orang lain yang masih tidak mengetahui tentang kebenaran Islam.
Saya juga berasa amat gembira kerana semakin ramai penganut agama Kristian khususnya, mula sedar tentang Islam.Antaranya :
1- Neil Armstrong
     Neil Armstrong adalah orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan menggunakan pesawat ruang   angkasa USA bernama Apollo, bersama rakannya Buzz Aldrin.Suatu hari Neil mengambil cuti kepada pihak NASA untuk menghilangkan penat selepas bekerja dan dia memilih kota Mesir sebagai percutiannya.Ini merupakan kali pertama Neil pergi ke negara Islam seperti Kaherah,Mesir.Ketika Neil sedang berehat di hotel penginapannya di Kaherah itu,tiba-tiba dia terdengar bunyi yang pernah dia dengar sebelum ini dan dia cuba mengingat tetapi masih tidak menemui jawapan.Selepas beberapa jam, bunyi itu kembali berkumandang,dia cuba hayati perkataan-perkataan setiap bunyi itu.Tiba- tiba Neil teringat pada 30 tahun yang lalu,sewaktu dia sedang popular dengan kejayaannya mendarat ke bulan.Dan disitulah dia tersedar bahawa bunyi yang didengarnya itu tadi sama seperti suara yang pernah didengar sewaktu dia berada di permukaan bulan 30 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1969.Dan sejak itulah,hatinya terbuka untuk memeluk Islam kerana mendengar suara yang sebenarnya azan yang berkumandang di permukaan bulan.Tetapi selepas Neil mengisytiharkan ke Islamannya itu,dia telah mendapat sepucuk surat dari pihak NASA yang membuat keputusan untuk memecatnya dari bekerja di NASA . Neil dengan yakinnya mengatakan bahawa “memang saya kehilangan pekerjaan,tetapi saya telah temui Allah”.