27 Feb 2011

DARI MUALLAF KE MURTAD

Pelbagai kes murtad yang sering kita dengar pada masa kini,apa yang selalu kita ketahui seorang Muslim menukar agama kepada agama lain tetapi kali ini kes yang ingin saya kongsikan adalah berkenaan seorang muallaf yang memohon untuk menjadi Murtad.Beliau adalah seorang wanita yang asalnya beragama Buddha dan memeluk agama Islam pada pada 25 Julai 1998 kerana ingin berkahwin dengan seorang lelaki warga negara Iran bernama Ferdoun Ashanian.Beliau adalah Siti Fatimah Tan Abdullah atau Tan Ean Huang berasal dari Nibong Tebal yang mendakwa bahawa sepanjang memeluk agama Islam, dia masih lagi menyembah berhala Tok Pek Kong, berhala Kuang Tin Ne dan berhala Ti Kong (Dewa Langit) mengikut ajaran agama asalnya, Buddha dan memakan daging khinzir.
Beliau memfailkan permohonan itu selepas ditinggalkan suaminya yang menghilangkan diri tanpa sebarang sebab dan hanya memeluk agama Islam hanyalah untuk mencukupkan syarat supaya dapat berkahwin dengan lelaki pilihannya. Dalam tuntutannya juga, Siti Fatimah mendakwa beliau tidak pernah yakin dengan ajaran Islam.Apa yang membuatkan saya kecewa disini adalah Islam satu benda atau perkara yang boleh kita pergunakan sesuka hati dan seolah-olah dipandang remeh oleh masyaakat. Sedangkan anak orang Melayu pun boleh murtad, inikan pula seorang mualaf dan masih lagi merangkak untuk mengenali Islam. Apakah badan keIslaman negara hanya memandang ringan masalah sebegini?