12 Apr 2011
NASIHAT KEPADA GADIS MELAYU ISLAM
Kali ini pula saya ingin berkongsi mengenai satu cerita
seorang penulis yang saya tertarik dengan hasil penulisannya iaitu cara masyarakat
Kristian yang ingin memurtadkan orang melayu terutamanya gadis melayu. Cara-cara
Kristian memurtadkan gadis-gadis Melayu telah berjaya menarik ramai gadis
melayu masuk Kristian antaranya:
1-
MEMIKAT
Untuk makluman semua,
pertubuhan-pertubuhan Kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim
galakan kepada para jejaka Kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik
untuk memikat gadis-gadis Melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka.Ia
bergantung kepada gadis tersebut,selalunya mereka akan memilih gadis yang
bertudug labuh dan beragama.Mereka juga akan menggunakan pelbagai teknik dan
cara untuk memikat gadis tersebut seperti mereka akan berlakon seolah-olah
terpikat dengan kesopanan dan kelembutan gadis yang diingini.
2-
PERANGKAP
Apabila si jejaka merasakan anak
gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan
persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu “gentleman”
sekali. Apabila si gadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan
seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga si gadis terleka.
Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.
3-
DILEMA
Kemudian akan terjadilah pelbagai
perkara yang boleh berlaku diluar
batasan Islam. Pada ketika ini, mereka akan menunjukkan kekesalannya
yang tidak terhingga dan kononnya akan bertanggungjawab di atas perbuatan
mereka.Dengan itu mereka akan memujuk gadis dengan pelbagai kata-kata manis
supaya gadis tersebut merasakan Kristian adalah jalan terbaik baginya.Bagi
mereka, mengikut hukum Islam, mereka boleh dikenakan 100 sebatan sebagai
balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh dan meminggirkan mereka
kerana mempunyai anak di luar nikah.Dari sudut agama Kristian pula mereka
beranggapan gadis tersebut hanya perlu untuk menukar agama, dan akan terlepas
dari dua seksa. Pertama, hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi
di gereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama Kristian akan
menganggap anak mereka ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan
tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap gadis tersebut senasib dengan Mary
(Mariam) yang melahirkan Nabi Isa.
4-
MURTAD
Melayu Islam yang memilih pilihan
kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa
disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan
permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.
Hartina Hj Kamaruddin telah dilepaskan oleh bapanya untuk
pergi ke KL mencari kerja tetapi tidak sampai 9 bulan dia kembali ke bapanya
dalam keadaan Hindu dengan nandek di
dahi sambil membawa teman lelakinya.Bapanya yang terkejut terus membelasah
lelaki tersebut tetapi tewas.Hartina pula papah kekasihnya dan biarkan bapanya
menggelupur sendirian. Tidak
cukup dengan itu,dia pergi ke balai polis membuat laporan bapanya memukul teman
lelakinya itu. Selain itu itu disaman pula bapanya 3 juta.Dia juga telah menghina bapanya
dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari.
Kes yang ke 2 pula
wanita yang bernama Lina joy yang juga murtad kerana ingin berkahwin dengan
kekasihnya yang beragama Kristian.
Disini saya datangkan beberapa kes wanita yang tewas dalam mempertahankan agama.Sebagai seorang wanita baragama Islam,saya juga
turut merasa kebimbingan bukan saja pada wanita Islam diluar sana,malah
kepadadiri saya sendiri.Semoga ALLAH memperkuatkan iman dan melindungi kita
semua dari hasutan syaitan laknatullah.
ANTARA HAMBA ALLAH YANG TELAH DIBERI HIDAYAH
Walaupun
kita telah mendengar pelbagai kes murtad,namun kita juga tetap menerima saudara
baru dalam agama Islam ini antaranya:-
Ahmad Khairul Ikhwan
Abdullah Jr.Lahir di Kampung Madamai Pitas,Sabah.Lahir di dalam keluarga Kristian
bermazhab Protestan(PCS) yang taat.Mula terpikat dengan Islam setelah melakukan
kajian perbandingan agama(al-Quran & Bible)selama tiga tahun dan akhirnya
memeluk agama Islam.Kini beliau seorang pendakwah.
Juga merupakan seorang pendakwah.Dilahirkan sebagai
seorang Islam tetapi ibubapanya telah membesarkannya sebagai seorang Hindu.Memeluk
agama Islam pada tahun 1996.Beliau memeluk agama Islam adalah disebabkan
cintanya terhadap perempuan melayu. Hampir 7-8 tahun bercinta, masalah untuk
berkahwin adalah agama sehinggalah satu hari beliau menyerah diri untuk
mendekati Islam akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah selepas mengkaji
surah Al-Ikhlas dan ayat-ayat Al-Quran berkaitan sains.
Mike
Tyson bekas juara tinju heavyweight dunia 1986 -1990.Tetapi di kurniakan taufiq
dan hidayah oleh Allah s.w.t lalu memeluk agama Islam ketika dalam penjara kerana
didakwa terlibat dalam kes rogol Ratu Cantik Amerika 1991. Setelah
memeluk agama Islam, Tyson menukarkan namanya menjadi Malik Abdul Aziz. Ketika
itu, Tyson menjadi sasaran pembunuhan kumpulan Cash Money Brothers. Menurut anggota
geng tersebut, Shelby Henderson, mereka membatalkan pembunuhan setelah
mengetahui Tyson adalah seorang muslim.
STATISTIK PERMOHONAN MURTAD BAGI TAHUN 2000 HINGGA 2006
Statistik permohonan
murtad yang didapati di JAKIM hasil daripada kajian fail menunjukkan
peningkatan yang tinggi pada tahun 2004 hingga 2006. Sejumlah 46 kes pada tahun
2004 dan 2005 manakala 41 kes pada tahun 2006 berbanding pada tahun-tahun
sebelumnya. Ia seperti yang termaktub dalam jadual di bawah:-
Daripada
Ibnu Mas`ud dan `Aisyah, Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak halal darah seseorang
muslim selain daripada tiga sebab, berzina selepas menjadi muhsan, membunuh
orang lain tanpa hak dan mengasingkan diri dari jemaah serta meninggalkan agama
(murtad).” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud dll).
“Sesiapa
yang menukar agamanya (murtad), maka hendaklah ianya dibunuh.” (Riwayat
al-Bukhari dan Abu Dawud).
PENYANYI POPULAR MEMILIH ISLAM
Kali
ini saya hendak bawakan satu cerita tentang seorang penyanyi rap terkenal
Amerika iaitu Chauncey L. Hawkins atau
nama popularnya LOON yang juga telah diberikan hidayah oleh Allah s.w.t.Beliau
yang dilahirkan di Harlem, New York pada 20 Jun 1975 ini ketika itu dirinya diambang populariti
dan sentiasa disebut-sebut oleh peminat yang suka lagu dan suaranya.Duit dan
kekayaan juga mudah baginya untuk diperoleh.Namun ungkap Loon, walaupun
hidupnya diisi dengan kekayan,tetapi baginya ketenangan,kebahagiaan dan
kedamaian tidak dapat beliau rasakan. Loon mengatakan kedamaian dari dalam
hanya boleh diperoleh dengan menyerahkan diri kepada satu tuhan.
Suatu
hari ketika beliau sedang melancong ke Dubai,beliau sangat tertarik dengan budaya
yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Dubai.Ketika azan berkumandang,umat
Islam menuju ke masjid untuk menunaikan solat bersama-sama,dan mereka juga
berakhlak mulia dalam berinteraksi dengan siapa sahaja. Dari sinilah,mendorong
beliau untuk mula mencari ketenangan dalam Islam dan pada Disember 2008,beliau
memutuskan untuk memeluk agama Islam sebagai keyakinan barunya dan menukarkan
namanya sebagai Amir Junaid Muhaddith.Sejak saat itulah dia juga telah
meninggalkan dunia muzik sepenuhnya.”saya keluar dari dunia muzik dan sekarang
saya rasakan ketenangan yang saya cari selama ini iaitu agama ISLAM. Saya juga
merasa bertambah tenang setelah isteri dan anak saya juga menerima
Islam”katanya.
Sebelum
memeluk Islam, Loon adalah seorang penganut Kristen. Selain itu ia juga telah
menerbitkan tiga belas album singlenya yang merupakan hasil kerjasama dengan
sejumlah penyanyi di negeri Paman Sam. Di antara singlenya tersebut adalah: I
Need A Girl yang dinyanyikannya bersama Sean John "Diddy" Combs dan
Usher; Hit The Freeway yang dinyanyikan
bersama dengan Toni Braxton; dan Show Me Your Soul yang dibawakannya bersama
dengan Sean "Diddy" Combs, Lenny Kravitz dan Pharrell.
Loon sebelum memeluk agama Islam
|
Loon di sebelah kiri
|
Selepas
memeluk Islam dan ketika menunaikan solat sunat salah satu masjid di Arab
|
Salah satu lagu nyanyian beliau yang
popular pada tahun 2002 sebelum memeluk Islam.Loon ber T-shirt putih ketika
ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)