Walaupun
kita telah mendengar pelbagai kes murtad,namun kita juga tetap menerima saudara
baru dalam agama Islam ini antaranya:-
Ahmad Khairul Ikhwan
Abdullah Jr.Lahir di Kampung Madamai Pitas,Sabah.Lahir di dalam keluarga Kristian
bermazhab Protestan(PCS) yang taat.Mula terpikat dengan Islam setelah melakukan
kajian perbandingan agama(al-Quran & Bible)selama tiga tahun dan akhirnya
memeluk agama Islam.Kini beliau seorang pendakwah.
Juga merupakan seorang pendakwah.Dilahirkan sebagai
seorang Islam tetapi ibubapanya telah membesarkannya sebagai seorang Hindu.Memeluk
agama Islam pada tahun 1996.Beliau memeluk agama Islam adalah disebabkan
cintanya terhadap perempuan melayu. Hampir 7-8 tahun bercinta, masalah untuk
berkahwin adalah agama sehinggalah satu hari beliau menyerah diri untuk
mendekati Islam akhirnya mengucapkan dua kalimah syahadah selepas mengkaji
surah Al-Ikhlas dan ayat-ayat Al-Quran berkaitan sains.
Mike
Tyson bekas juara tinju heavyweight dunia 1986 -1990.Tetapi di kurniakan taufiq
dan hidayah oleh Allah s.w.t lalu memeluk agama Islam ketika dalam penjara kerana
didakwa terlibat dalam kes rogol Ratu Cantik Amerika 1991. Setelah
memeluk agama Islam, Tyson menukarkan namanya menjadi Malik Abdul Aziz. Ketika
itu, Tyson menjadi sasaran pembunuhan kumpulan Cash Money Brothers. Menurut anggota
geng tersebut, Shelby Henderson, mereka membatalkan pembunuhan setelah
mengetahui Tyson adalah seorang muslim.
No comments:
Post a Comment