Seperti yang kita ketahui,Murtad bermaksud kembali kepada kekafiran daripada
keadaan beriman, baik iman itu didahului oleh kekafiran lain ataupun tidak,
disebut sebagai murtad.Muallaf pula ialah orang yang dijinakkan hatinya supaya
tertarik kepada Islam.Kita selalu mendengar cerita mengenai pelbagai jenis
bangsa,agama yang memeluk agama islam dan ada pula yang kurang imannya memilih
‘jalan hitam’ sebagai sebahagian hidupnya iaitu pergi kepada agama lain selain
Islam.Ketika mengkaji tajuk ini,membuatkan saya merasa bangga dilahirkan
sebagai seorang Islam jika dibandingkan dengan orang lain yang masih tidak
mengetahui tentang kebenaran Islam.
Saya juga berasa amat gembira kerana semakin ramai penganut
agama Kristian khususnya, mula sedar tentang Islam.Antaranya :
1- Neil Armstrong
Neil Armstrong
adalah orang pertama yang menjejakkan kaki ke bulan menggunakan pesawat ruang angkasa USA bernama Apollo, bersama rakannya
Buzz Aldrin.Suatu hari Neil mengambil cuti kepada pihak NASA untuk
menghilangkan penat selepas bekerja dan dia memilih kota Mesir sebagai
percutiannya.Ini merupakan kali pertama Neil pergi ke negara Islam seperti Kaherah,Mesir.Ketika
Neil sedang berehat di hotel penginapannya di Kaherah itu,tiba-tiba dia
terdengar bunyi yang pernah dia dengar sebelum ini dan dia cuba mengingat
tetapi masih tidak menemui jawapan.Selepas beberapa jam, bunyi itu kembali
berkumandang,dia cuba hayati perkataan-perkataan setiap bunyi itu.Tiba- tiba
Neil teringat pada 30 tahun yang lalu,sewaktu dia sedang popular dengan
kejayaannya mendarat ke bulan.Dan disitulah dia tersedar bahawa bunyi yang
didengarnya itu tadi sama seperti suara yang pernah didengar sewaktu dia berada
di permukaan bulan 30 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1969.Dan sejak
itulah,hatinya terbuka untuk memeluk Islam kerana mendengar suara yang
sebenarnya azan yang berkumandang di permukaan bulan.Tetapi selepas Neil mengisytiharkan
ke Islamannya itu,dia telah mendapat sepucuk surat dari pihak NASA yang membuat
keputusan untuk memecatnya dari bekerja di NASA . Neil dengan yakinnya
mengatakan bahawa “memang saya kehilangan pekerjaan,tetapi saya telah temui
Allah”.
No comments:
Post a Comment